yang tak terlihatkan

mungkin di sekeliling mu tak kau lihat dia yang meminta-minta mencari makan

mungkin tak kau lihat yang tidur di siring jalan

tapi semua itu tak bermakna tiada

mereka ada, wujud di sekeliling mu pada waktu-waktu dan tempat-tempat yang tak kau kunjungi

mana mungkin kau menjumpai mereka di dalam shopping mall yang hari-hari kau kunjungi

mana mungkin mereka ada di waktu kau sibuk mengejar dunia dunia mu

mereka ada jika kau benar mahu melihatnya

keluarlah kau di waktu malam di lorong-lorong sepi, mereka ada berbaring berselimutkan kotak beralaskan tangan kadang tanpa pakaian

sediakan lah sedikit makanan nescaya mereka memakannya tanpa suara

tak semua yang tak terlihatkan tak wujud, mereka ada hanya saja kau yang tak pernah cuba mencari tahu tentangnya

Advertisements

Pelangi

betulkah dunia ini kelabu seperti yang di claim oleh sebahagian manusia?

adakah dunia ini hanya ada hitam dan putih? dan hakikatnya adalah kelabu?

bagi ku dunia lebih dari itu

dunia ini warna warni

percayalah

takkan wujud pelangi jika tuhan ciptakan dunia ini hitam dan putih

nafas baru

dalam aku mencari hala untuk di tuju

kau bentangkan aku jalan tepat pada waktu

memberi aku sedikit harapan baru

membuatkan aku berangan jauh

dan aku rasa ini lah jalan yang tepat buat ku

iringi lah perjalanan ku

agar x pernah kau ku lupa